![](http://1.bp.blogspot.com/-5YsolVpPMjo/TXHCgNLZ3fI/AAAAAAAAASo/yioZ1FYOUog/s320/bismillah.png)
WASIAT TERAKHIR SUAMI
========================
Hadi sedang nazak dan hampir meninggal...
Di sebelahnya Imah, isterinya sedang menemani Hadi...
Hadi : "Imah.. sebelum aku mati nanti.. aku ingin berpesan padamu.."
Isteri : "Iya, bang.. cakaplah.."
Hadi : "Aku mau kau kahwin dengan Harun..."
Isteri: "Isk abang nie.. kan Harun tu musuh ketat abang selama ini?!
Apa
abang rela
menyerahkan saya kepadanya?" dengan terkejut isterinya bertanya.
Hadi: "Aku ingin dia menderita seperti yang aku alami 30 tahun
bersamamu.."
---------------------------------------
SALAH BAS
==========
Suatu malam seorang lelaki yang sedang mabuk menaiki
bas dan duduk di sebelah perempuan Tua. Perempuan tua
itu memandangnya dari atas ke bawah.. dan berkata...
"Kamu Tahu Tak?.. kamu akan ke neraka!"
Si lelaki terkejut terus bangun dan menekan loceng bas serta
berkata..
"Berhenti... saya salah naik bas."
----------------------------------------
PERMINTAAN MELAMPAU
======================
Seorang guru meninggalkan kelasnya beberapa minit
untuk ke tandas....
Ketika dia kembali ke kelas, dia sangat terkejut
kerana semua muridnya sangat diam dan bersopan.. tidak
seperti biasa jika dia masuk ke dalam
kelas tersebut, murid-muridnya pasti sedang bising dan
bermain. Lalu guru itu berkata...
Selama saya mengajar awak semua...
tidak pernah pulak saya melihat keaadan ini.
Ini sangat menghairankan...
boleh sesiapa tolong beritahu..
apa sebenarnyayang terjadi?? "
guru itu bertanya dalam keadaan seperti hendak pitam...
Tiba-tiba..
salah seorang muridnya bangun dan berkata..
"sebab... cikgu pernah kata dulu...
jika cikgu dapat melihat kami semua diam dan bersopan
cikgu akan mati terkejut.... ha ha ha" sambil
memerhatikan gurunya jatuh ke lantai..
dan kelas kembali bising macam biasa...
------------------------------------
KUCING
=======
Seekor kucing kepunyaan seorang pakar konselor
menyusup masuk pasar jualan ikan...
dan mencuri seekor ikan tenggiri..
Penjual ikan lalu pergi ke pejabat pakar konselor tadi
dan bertanya:
"Kalau seekor kucing yang dilepas dan mencuri seekor
ikan tenggiri dari kedai saya, apakah saya ada hak
untuk menuntut ganti rugi dari pemiliknya ?"
"Tentu saja!" jawab pakar konselor...
Penjual Ikan bersorak kegembiraan "Bagus... kalau
begitu encik harus membayar saya RM 10.00 untuk seekor
ikan tenggiri yang dicuri oleh kucing encik dari kedai
saya tadi pagi."
Pakar konselor tanpa sepatah katapun terus membayar RM
10.00 kepada penjual ikan tersebut... Keesokannya
ketika penjual ikan mengambil surat dari petisurat
rumahnya..dia bertemu sekeping surat dari pakar
konselor tersebut... kandungannya:
"RM 200.00 untuk perkhidmatan kaunseling"
-------------------------------
No comments:
Post a Comment